Skip to main content

BruCERT

Home » Perkhidmatan » BruCERT

Brunei Computer Emergency Response Team (BruCERT) ditubuhkan pada tahun 2004 sebagai CERT kebangsaan untuk menangani peristiwa-peristiwa keselamatan yang berkaitan dengan komputer dan internet di Negara Brunei Darussalam.

BruCERT adalah pusat utama yang menyelaras dengan CERT antarabangsa, penyedia-penyedia perkhidmatan rangkaian, agensi-agensi kerajaan, dan organisasi-organisasi lain yang berkaitan untuk memudahcara pengesanan, analisis dan pencegahan insiden-insiden keselamatan di internet.

Melalui gabungan global dengan CERT yang lain, BruCERT memperolehi maklumat berharga mengenai ancaman-ancaman keselamatan IT dan berkongsi dapatan mengenai risiko-risiko keselamatan yang dikesan dalam infrastruktur IT negara. dikongsikan secara terbuka kepada orang awam dengan objektif untuk meningkatkan kesedaran keselamatan IT.

BruCERT juga merupakan anggota organisasi pakar keselamatan antarabangsa seperti Asia Pacific CERT (APCERT), Organisation of The Islamic Cooperation – Computer Emergency Response Teams (OIC-CERT) dan Forum of Incident Response and Security Teams (FIRST) dalam menangani insiden-insiden berkaitan dengan Keselamatan IT dan berkoordinasi dengan CERT lain dalam menentang/memerangi jenayah siber di seluruh dunia. 

Perkhidmatan-perkhidmatan BruCERT

Pengendalian insiden melibatkan penerimaan, penganalisaan dan bertindakbalas kepada permintaan atau laporan, di mana kegiatan tersebut termasuk:

  • Mengambil tindakan untuk melindungi sistem dan rangkaian yang terjejas atau diancam oleh ancaman-ancaman keselamatan IT
  • Menyediakan penyelesaian dan strategi pengurangan melalui penasihat atau amaran yang relevan
  • Mencari tanda-tanda aktiviti pencerobohan di bahagian rangkaian yang lain
  • Menyaring trafik rangkaian
  • Membina semula sistem
  • Mengesyorkan sistem tambalan atau pembaikan (berdasarkan permintaan/secara kes demi kes)
  • Mengembangkan strategi tindak balas atau penyelesaian yang lain

Melibatkan penerimaan maklumat dan laporan insiden dan memberikan konsultasi dan penyelidikan vulnerability untuk menganalisa sifat, mekanik dan kesan vulnerability yang mungkin dapat menyumbang kepada insiden tersebut.

Melibatkan proses saintifik penangkapan (pengimejan) dan menganalisa maklumat yang disimpan dalam format elektronik sambil mengekalkan integriti, untuk tujuan menyiasat dakwaan, untuk mencari kebenaran, tanpa kecenderungan ke atas hasilnya.

BruCERT menyediakan pelbagai maklumat yang berkaitan dengan keselamatan IT dalam bentuk amaran awal, peringatan, pengumuman tentang vulnerability baharu, ancaman keselamatan siber dan bahkan juga maklumat mengenai teknologi perlindungan keselamatan baharu atau kekurangan yang ada di pasaran.

BruCERT menjalankan program kesedaran awam yang dipanggil Secure Verify Connect, yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran keselamatan dalam talian dan keselamatan maklumat di kalangan orang ramai di Negara Brunei Darussalam melalui pendidikan, seminar dan bengkel.

Laporkan kejadian keselamatan siber

(673) 245 8001
reporting@brucert.org.bn

Klik di sini untuk melaporkan kejadian keselamatan

Ikuti BruCERT di media sosial

Laman web

Display page title
Off