Skip to main content

ELISE

Home » Program » ELISE untuk Pegawai-pegawai Security Maklumat

Faktor manusia adalah ancaman terbesar terhadap sistem maklumat dan aset maklumat. Profesional keselamatan secara amnya mengenal pasti pentingnya latihan kesedaran keselamatan sebagai sebahagian daripada rancangan keselamatan maklumat keseluruhan di mana pengguna perlu mengetahui bahawa mereka mempunyai peranan dalam menjaminkan keselamatan data organisasi. Objektif utama latihan kesedaran keselamatan adalah untuk mendidik para pekerja tentang bagaimana menjadi mangsa pelbagai bentuk serangan siber.

E-learning for information Security Environment (ELISE) adalah kursus dalam talian yang merangkumi pelbagai kaedah serangan siber, tindakan balas dan amalan terbaik mengenai cara melindungi maklumat dan aset yang merangkumi polisi keselamatan standard, klasifikasi dan pengendalian data, keselamatan ruang kerja dan desktop, rangkaian tanpa wayar, keselamatan kata laluan, 'phishing', 'malware', perkongsian fail dan banyak lagi.

Metodologi Latihan

  • Penceritaan audio
  • Animasi interaktif
  • Kajian kes
  • Video
  • Kuiz
  • Nota yang boleh dimuat turun

 

ELISE Fundamentals untuk Pegawai-Pegawai Sekuriti Maklumat

ELISE Fundamentals adalah komponen teras ELISE, dan harus diselesaikan oleh semua peringkat dalam organisasi. Kursus ini memberikan pengenalan kepada kesedaran keselamatan siber, memastikan semua peserta akan mempunyai pengetahuan dan pemahaman asas untuk melindungi aset maklumat yang berharga melalui tingkah laku proaktif yang peka mengenai keselamatan. Ia adalah amat penting bagi mana-mana staf sokongan untuk mengetahui dan celik dalam komponen ini, untuk membolehkan organisasi meningkatkan tahap keselamatan mereka secara keseluruhan.

ELISE Fundamental dilancarkan pada bulan April 2020 dan diperkenalkan kepada semua Pegawai-Pegawai Sekuriti Maklumat di seluruh Kementerian dan Jabatan Kerajaan Negara Brunei Darussalam sebagai sebahagian daripada usaha BruCERT.

Display page title
Off