Skip to main content

About

  • CYBER SECURITY BRUNEI
    Mengenai
Home » Mengenai CSB

Cyber Security Brunei (CSB) adalah agensi keselamatan siber kebangsaan Negara Brunei Darussalam, berfungsi sebagai pentadbir yang memantau dan menyelaras usaha-usaha nasional dalam menangani ancaman-ancaman keselamatan siber dan jenayah siber. CSB beroperasi di bawah Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC), dengan Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi dilantik sebagai Menteri yang bertanggungjawab bagi Keselamatan Siber (Minister-in-Charge of Cybersecurity).

CSB menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan keselamatan siber untuk orang ramai, sektor-sektor awam dan swasta di Negara Brunei Darussalam. Perkhidmatan keselamatan siber ini bertujuan untuk memastikan kepentingan-kepentingan berikut:

  1. Meningkatkan kesedaran mengenai ancaman-ancaman siber di sektor-sektor awam dan swasta, terutamanya perlindungan Critical Information Infrastructure (CII) di Negara Brunei Darussalam;
  2. Meningkatkan keupayaan untuk bertindak balas terhadap kejadian-kejadian siber melalui pengurusan krisis siber yang berkesan;
  3. Meningkatkan keupayaan penguatkuasaan undang-undang dalam menangani ancaman-ancaman siber melalui perkhidmatan Makmal Forensik Digital Kebangsaan; dan
  4. Meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai ancaman-ancaman siber.


VISI

Ke arah ruang siber yang terjamin, berdaya tahan dan lebih selamat untuk Negara Brunei Darussalam sebagai sebuah negara pintar.


MISI

  • Untuk menerajui usaha-usaha kebangsaan dalam memantau ancaman siber, pengurusan keselamatan siber dan menangani jenayah siber;
  • Kearah ruang siber yang lebih selamat dan resilient yang akan memelihara kepentingan negara dan menyumbang kepada perkembangan sosio-ekonomi yang berdayatahan bagi Negara Brunei Darussalam;
  • Untuk membantu Kerajaan dalam penggubalan dasar dan perundangan berkaitan keselamatan siber dan jenayah siber.
Display page title
On