Makmal Forensik Digital Kebangsaan
Makmal Forensik Digital Kebangsaan (National Digital Forensic Laboratory NDFL) berfungsi sebagai pusat kecemerlangan dalam memudahcara segala bentuk penyiasatan forensik digital, dengan memberikan akses eksklusif kepada agensi-agensi undang-undang dan penyiasatan ke teknologi forensik yang canggih.
NDFL membolehkan kerjasama untuk berlaku dalam menentangi jenayah siber di Negara Brunei Darussalam melalui kerjasama dalam penyiasatan, perkongsian pengetahuan, latihan profesional, dan penyediaan kemudahan makmal digital. Ini memperkasakan lagi tenaga kerja yang lebih bekerjasama yang berfungsi sebagai entiti bersepadu dalam melawan jenayah siber.
Tujuan utama perkhidmatan makmal ini adalah untuk membantu mengatasi isu-isu sedia ada berkaitan penyiasatan forensik digital dengan:
- Mensepadukan sumber forensic digital dari seluruh Negara dengan menubuhkan Pusat Kecmerlangan untuk Keselamatan Siber dan Makmal Forensik Digital kebangsaan. Ini termasuk perkhidmatan-perkhidmatan forensic yang bukan secondary seperti pemulihan data dan pembersihan media;
- Piawaian dalam rangkak kerja penyelidikan digital bagi semua agensi yang relevan melalui Kerjasama rapat dalam penyelidikan Kerjasama diantara agensi dan pengamal undang-undang dengan memberikan Standard Operating Procedure yang bersepadu, manual kerja dalam menjalankan kerja-kerja forensic digital, kaedah-kaedah pengesahan, pengawalan rekod dan dokumen, dan sebagainya.
- Memberikan infrasktruktur dan kemudahan forensic yang komprehensif, terjanim dan berstruktur dibawah satu bumbung, yang unik kepada setiap agensi berdasarkan kepada fungsi operasi masing-masing. Ini termasuk penyediaan kemudahan seperti perkakas dan perisian seperti peralatan forensic, stesen kerja dan perisian forensik;
- Memastikan Makmal Digital Forensik diperakui sepenuhnya sebagai Accredited Digital Forensic Laboratory yang mematuhi kehendak kualiti (ISO 17025:2017) mengandungi Case and Evidence Inventory Management System.
Kemudahan Forensik Digital
NDFL dilengkapi dengan kemudahan Makmal Forensik Digital untuk digunakan oleh konstituennya. Konstituen akan melakukan penyiasatan forensik digital mereka sendiri dalam masa dan kadar mereka sendiri dalam kemudahan yang selamat dengan persekitaran fizikal yang diorientasikan untuk menjaga kemudahan, integriti bukti, data dan dokumentasi. Kemudahan-kemudahan dan perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan adalah:
- Bilik-bilik Analisis Bukti dengan stesen kerja forensik digital.
- Peralatan seperti perkakasan dan perisian, stesen kerja forensik dan lesen forensik komersial (termasuk sumber terbuka)
- Kabinet/loker bukti storan
- Meja kerja
- Kes bukti dan sistem inventori
- Storan dalam talian di premis, folder utama dan di kongsi
- Nota-nota kes usaha sama dan kemudahan komunikasi berkumpulan
- Bilik persidangan, meja dan kerusi untuk pemeriksaan kes
- Kemudahan latihan dan perpustakaan
Latihan
NDFL menyediakan pelbagai program latihan meningkatan keupayaan untuk meningkatkan minat dan mendidik agensi-agensi kerajaan yang berkaitan mengenai kursus penubuhan asas dan produk khusus forensik digital sepanjang tahun.
Mereka yang akan menggunakan kemudahan makmal wajib menjalani latihan asas teknikal dan kawalan kualiti.