Tentang Cyberwatch Centre
Cyberwatch Centre (CWC) menyediakan pemantauan yang terjamin terhadap ancaman-ancaman siber keatas Critical Information Infrastructure (CII) dan berfungsi untuk memperbaiki lanskap keselamatan siber Negara Brunei Darussalam. Ia mengesan dan memberi amaran mengenai serangan siber, membolehkan agensi-agensi yang berkaitan untuk mengambil langkah pencegahan dan tindakan pemulihan yang tepat pada masanya sebelum ancaman-ancaman meningkat. Ini dicapai melalui Pusat Operasi keselamatan 24x7 yang dikendalikan oleh profesional keselamatan dan teknologi pemantauan keselamatan pintar yang canggih.
Fungsi-fungsi Cyber Watch Centre termasuk:
- Bertindak sebagai Pusat Operasi Keselamatan Kebangsaan dalam memantau rangkaian-rangkaian Kerajaan potensi ancaman-ancaman dari routine malware hingga serangan sasaran yang paling canggih.
- Mengesan ancaman-ancaman siber yang baharu dan canggih melalui umpan risikan dan termasuk keupayaan baharu dalam bidang-bidang berikut:
- Mengawasi keselamatan laman web
- Pengesanan kehilangan rangkaian data
- Pengesanan ancaman yang lebih baik seperti malware
- Berkongsi risikan dengan jabatan-jabatan kerajaan yang lain, rakan-rakan kongsi antarabangsa yang dipercayai dan penyedia keselamatan kebangsaan yang disahkan.
- Mengesan ancaman-ancaman siber secara berkesan melalui hubungan kait dan analisis semua log yang dikumpulkan dan memberikan amaran tepat pada masanya.
Display page title
Off