Skip to main content
Asean meeting

Wujud ruang siber lebih selamat

Source: Media Permata

BANDAR SERI BEGAWAN, 9 OKT – Memastikan ruang siber yang lebih selamat dan pembentukan Jawatankuasa Kebangsaan Keselamatan Siber dan penubuhan Cyber Security Brunei (CSB) sebagai agensi kebangsaan keselamatan siber Negara Brunei Darussalam antara landskap keselamatan siber yang diterapkan oleh kerajaan ketika ini.

Perkara itu dikongsikan oleh Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohammad Yusof ketika mewa-kili negara dalam Minggu Siber Antarabangsa Singapura (SICW) dan Persidangan Menteri-menteri ASEAN mengenai Keselamatan Siber (AMCC) ke-5 yang diadakan secara persidangan video bermula 6 Oktober lalu sehingga kelmarin.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi, dengan tema Co-Operation in a Post-COVID Future, SICW 2020 telah dibuka rasmi oleh Timbalan Perdana Menteri Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Heng Swee Keat pada 6 Oktober.

Dalam ucapan pembukaan, Tuan Yang Terutama telah melancarkan Pelan Induk Ruang Siber Lebih Selamat 2020, Republik Singapura yang mana antara lainnya, menggariskan rangka tindakan bagi mewujudkan ruang siber yang lebih selamat bagi Republik Singapura.

Pembukaan rasmi tersebut diikuti dengan Sesi Pembukaan SICW Ministerial Roundtable di mana Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi selaku Menteri Bertanggungjawab bagi keselamatan siber, Negara Brunei Darussalam, turut serta sebagai ahli speaker dalam membincangkan mengenai Merentasi Normal Baharu Pasca COVID-19: Ancaman Keamanan dan Keselamatan Antarabangsa dalam Ruang Siber.

Yang berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi Negara Brunei Darussalam semasa persidangan secara maya.
Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi bersama delegasi Negara Brunei Darussalam semasa persidangan secara maya. - Gambar serahan kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi

 

 

MTICa asean meeting

 

Semasa sesi tersebut, Yang Berhormat Dato telah mengongsikan perspektif Negara Brunei Darussalam dalam usaha ke arah memastikan ruang siber yang lebih selamat yang termasuk pendekatan bersepadu menangani aspek yang berkait rapat dengan keselamatan siber iaitu teknologi, orang ramai dan proses.

Turut diadakan sebagai sebahagian daripada SICW 2020 adalah AMCC ke-5 pada 7 Oktober yang mana ia adalah dialog antara menteri-menteri yang bertanggungjawab ke atas ICT dan keselamatan siber ASEAN untuk membincangkan isu-isu utama dan bagi lebih memudah cara kerjasama ASEAN dalam keselamatan siber.

Semasa Persidangan AMCC kali ini, Yang Berhormat Dato juga telah mengongsikan perkembangan dalam landskap keselamatan siber di Negara Brunei Darussalam.

Ini termasuk dalam mengukuhkan penyelarasan dan urus tadbir dalam keselamatan siber di peringkat nasional dengan pembentukan satu komiti di peringkat kebangsaan iaitu Jawatankuasa Kebangsaan Keselamatan Siber dan penubuhan Cyber Security Brunei (CSB) sebagai agensi kebangsaan keselamatan siber Negara Brunei Darussalam.

Persidangan juga mengambil maklum akan perkembangan dalam penyediaan pelan tindakan jangka masa panjang bagi norma-norma responsible state behavior dalam ruang siber. Perkara ini akan diperincikan lagi oleh komiti yang baru ditubuhkan iaitu Jawatankuasa Penyelaras Keselamatan Siber ASEAN.

Persidangan ini juga maklum akan kepentingan perlindungan Infrastruktur Maklumat Kritikal (CII) daripada ancaman siber bagi memastikan ruang siber serantau yang lebih selamat dan terjamin.

Sesi penutup bagi Ministerial Roundtable telah diadakan kelmarin yang mengetengahkan perbincangan mengenai Mengadaptasi Normal Baharu: Inovasi, Peluang, Kerjasama.

Dalam perbincangan tersebut, ahli-ahli panel dan speaker menekankan kepentingan bagi kerajaan dan penyedia teknologi untuk bekerjasama dengan berdasarkan kepada prinsip yang diterjemahkan menjadi tindakan praktikal, terutama dalam menangani pandemik COVID-19.

Turut hadir sebagai delegasi Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi ialah Setiausaha Tetap, Haji Mohammad Nazri bin Haji Mohammad Yusof; Timbalan Setiausaha Tetap, Haji Hairul Mohd Daud bin Haji Abdul Karim; Pesuruhjaya Interim, CSB, Awang Shamsul Bahri bin Haji Kamis berserta pegawai-pegawai kanan dari kementerian berkenaan.

Display page title
On